Assalamualaikum wbt. Pada hari ini aku nak menyambung artikel yang aku posted kemaghen. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk mengetengahkan artikel ini untuk panduan kita bersama. Hal ini adalah demi tanggungjawab aku menjaga saudara seagama. Mudah-mudahan usaha kita semua umat Islam mendapat redho Allah SWT. Amin.. Kalau kemaghen aku cerita tentang tiada sesiapa pun yang mengetahui tentang bilakah hari kiamat akan tiba termasuklah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam , pada hari ini aku akan ceritakan pula jawapan kepada tilikan paranormal(yang sebenarnya memang tak normal tu)dengan Tanda2 awal kiamat. Diharapkan artikel ini dapat membantu saudara seagama Islam ku lebih memahami dan sekaligus menguatkan lagi keimanan kepada ALLAH SWT. InsyaAllah..
Begini Kisahnya ......
TANDA-TANDA AWAL KIAMAT
Ketika menjelaskan tentang hadis Jibril yang datang dengan penampilan Arab Badwi dan bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang bilakah terjadinya hari kiamat, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan :
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengkhabarkan bahawa baginda sendiri tidak mengetahui tentang bilakah akan terjadinya kiamat jika dibandingkan dengan yang bertanya. Orang yang bertanya tersebut nampak seperti orang Arab Badwi dan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui bahwa dia adalah Jibril setelah dia pergi. Ketika menjawab pertanyaan bilakah kiamat akan terjadi, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyangka bahawa orang itu adalah Arab Badwi. Jadi, apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan tentang dirinya tidak mengetahui bilakah terjadinya hari kiamat berbanding orang Arab Badwi tadi, maka orang-orang selain dari baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam secara pastinya tidak mengetahui hal itu. Anehnya lagi, Al Qur’an dan hadits Nabi menyatakan bahwa kiamat itu memiliki tanda-tanda sebelumnya dan hal itu amatlah banyak yang datang satu demi satu. Namun sesuai dengan kehadiran tilikan mereka, anehnya tidak ada satu pun tanda-tanda kiamat yang muncul.” (Majmu’ Al Fatawa, 4/341-342) Itulah anehnya! Sedangkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahawa kiamat itu akan datang setelah muncul beberapa tanda sebagaimana disebutkan dalam hadits Hudzaifah bin Asid Al Ghifariy,
اطَّلَعَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ « مَا تَذَاكَرُونَ ».قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ. قَالَ « إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ ». فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ -صلى الله عليه وسلم- وَيَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلاَثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ.
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam memerhatik kami ketika berbincang-bincang. Baginda berkata, ‘Apa yang sedang kalian perbincangkan?’ Kami menjawab, ‘Kami sedang berbincang-bincang tentang hari kiamat.’ Baginda berkata, ‘Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian melihat sepuluh tanda.’ Baginda menyebutkan, ’[1] Dukhan (asap), [2] Dajjal, [3] Daabah, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya Isa ‘alaihis salam, [6] keluarnya Ya’juj dan Ma’juj, [7,8,9] terjadinya tiga gerhana iaitu di timur, barat dan di jazirah Arab, yang terakhir adalah [10] keluarnya api dari Yaman yang menggiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka’.”
(HR. Muslim no. 2901)
Nabi ‘Isa sendiri turun kembali ke muka bumi dan beliau tinggal selama 40 tahun lamanya. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bercerita mengenai Nabi ‘Isa,
فَيَمْكُثُ أَرْبَعِينَ سَنَةً ثُمَّ يُتَوَفَّى وَيُصَلِّى عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ
“Nabi ‘Isa tinggal di muka bumi selama 40 tahun kemudian meninggal dan disolatkan oleh kaum muslimin.” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shohih)
Dari hadis ini, mungkinkah kiamat terjadi pada tahun 2012?!
Perlu diketahui bahwa berdasarkan berbagai dalil dari Al Qur’an dan As Sunnah, para ulama membahagikan tanda hari kiamat menjadi dua iaitu tanda sughro (kecil) dan tanda kubro (besar). Tanda kiamat sughro sendiri ada yang telah terjadi dan ada yang masih belum terjadi, ada pula yang berlaku bukan sekali bahkan terus menerus dan lama kelamaan tanda tersebut lebih banyak terjadi dari waktu-waktu sebelumnya.
Secara lebih lengkap, tanda-tanda kiamat dapat dibahagikan menjadi empat iaitu:
Pertama, tanda sughro yang pernah terjadi dan telah berakhir. Contohnya adalah diutusnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan terbelahnya bulan.
Kedua, tanda sughro yang terus menerus terjadi dan berulang. Contohnya adalah menyerahkan amanah kepada orang yang bukan ahlinya, muncul para pendusta yang mengaku sebagai nabi, muncul wanita-wanita yang berpakaian namun hakekatnya telanjang dan merebaknya perzinaan.
Ketiga, tanda sughro yang belum terjadi. Contohnya adalah tanah Arab akan menjadi subur dan penuh pengairan.
Keempat, tanda kubro, ertinya bila tanda-tanda ini muncul, maka kiamat sebentar lagi akan tiba. Di antara tanda tersebut adalah munculnya Dajjal. Akhirnya Dajjal pun dibunuh oleh Nabi ‘Isa. Kemudian muncul pula Ya’juj dan Ma’juj di zaman Nabi ‘Isa. Ya’juj dan Ma’juj juga dimusnahkan oleh Nabi ‘Isa.
MEMORI DI ATAS KERTAS
Aku seorang guru yang meminati seni lukis..MEMORI DI ATAS KERTAS aku jadikan platform untuk mengembangkan lagi kemahiran dalam dunia seni lukis terutamanya seni potret...
Pembuka Memori...
Bagi diri aku, lukisan adalah satu perangkap masa yang memerangkap memori-memori indah melalui satu cara yang konservatif. Kamera juga perangkap waktu tetapi nilai waktu yang diperangkap melalui lukisan adalah lebih tinggi nilainya. Adakah disebabkan lukisan atau pelukis yang menyebabkan nilainya tinggi? Satu pertanyaan yang hanya boleh dijawab oleh pencinta perangkap memori konservatif ini. Ada yang mengatakan disebabkan tema lukisan. Ada yang mengatakan disebabkan lukisan itu sendiri dan ada yang mengatakan lukisan tinggi nilainya kerana diri pelukis yang melukisnya.. bagi aku, tinggi nilai lukisan adalah kerana ia memerangkap memori terpilih. Terpulang pada individu untuk menilainya... Masing-masing ada rasa, masing-masing punya bicara... Sesuatu yang subjektif akan ada kepelbagaian pentafsiran. Itulah salah satu keindahan seni. Subjektifnya itu yang melahirkan keindahan..
HASIL SENI AKU
Aku tidaklah sehebat pelukis-pelukis terkenal tanah air atau pelukis-pelukis hebat diluar sana. Aku hanya seorang insan yang meminati seni terutamanya seni melukis. Kalau dinisbahkan aku dengan pelukis yang hebat-hebat, aku hanya 1 dan pelukis-pelukis terkenal dan hebat itu 100. Jadi 1 : 100. Aku meminati seni lukis kerana ia banyak memberikan ketenangan kepadaku. Bagi seorang aku yang tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang seni lukis ini, keinginan aku untuk memajukan diri dah tak dapat nak dibendung. Salah satu cara untuk memajukan diri adalah dengan latih tubi. Untuk itu, kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku yang tak seberapa ini dan juga ingin membantu aku memperbaiki teknik lukisan, boleh layari blog ini dan membuat tempahan. Kalau pun tak berminat, layarilah blog aku ini mudah-mudahan aku dapat mengembangkan lagi dunia seni aku. Terima kasih kepada semua...
Tuesday, October 4, 2011
Monday, October 3, 2011
Kiamat 2012 : Umat Islam Wajib Prihatin
Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat2ku. dah lama aku tidak berblog. hasil kerja seni aku pun dah lama aku tak upload. semuanya disebabkan kamera yang rosak menyebabkan aku tak dapat upload. nak guna kamera, aku hanya ada kamera cap ayam. jadi, tiadalah potret terbaru.
Pada hari ini aku nak memulakan kisah aku tentang "Sembang-sembang kantin sekolah". ceritanya bermula macam ni, sedang aku dok menyembang dengan rakan-rakan guru kat kantin sekolah (kebetulan hari ni aku free) tiba-tiba ada seorang guru bertanyakan kepadaku tentang kiamat 2012. dia sebenarnya musykil dan sangsi tentang persoalan kiamat 2012. menurut yang bertanya, dia baru terbuka dalam satu blog pada hari ini dan terjumpa dengan satu hadis yang boleh dikaitkan dengan kiamat 2012. Aku agak terkejut dgn pertanyaannya sebab selama aku mengaji dan dok baca buku, aku tidak bertemu lah lagi dengan hadis yang dapat dikaitkan dengan ramalan kiamat 2012 yang di propagandakan oleh orang barat. tatkala itu juga aku memberikan penjelasan kepada beliau yang bertanya tentang persoalan hari kiamat yang merupakan kunci kepada hari akhirat. Penerangan lebih jelas akan aku sertakan di bawah nanti.
Cuma yang aku nak umat Islam alert adalah tentang hadis-hadis rekaan yang dibawa dan dicipta oleh manusia yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan agama ALLAH. Dalam perbincangan di kantin tadi, aku telah mengetengahkan isu tentang taktik yahudi unutk menjatuhkan umat Islam dan salah satunya adalah menyerang umat Islam dengan pegangan kedua mereka sendiri iaitu Hadis. Sedarkah kita, berapa ramaikah umat Islam yang 'alim tentang ilmu hadis dan hadis? Berapa orangkah yang hafal hadis2 Rasulullah? kalau dihitung, angkanya pasti mengecewakan. Sedarkah kita puak yahudi beragama judais menggunakan hadis2 rekaan unutk menyesatkan i'tiqad kita? SEDARKAH KITA? puak2 ini mereka-reka hadis untuk memanipulasi kepercayaan kita dan secara langsung memainkan i'tiqad kepercayaan kita.
Sedarlah wahai teman2, sekiranya berlaku kemusykilan dan sangsi, maka hampirilah 'alim 'ulamak dan bertanyalah kepada mereka kerana apabila kita berdampingan dengan mereka, kita juga beroleh manfaat. dalam menuntut ilmu, buangkan perasaan segan dan malu kerana ia tidak memberi faedah kepada kita. Aku pada hari ni rasa terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kerana setelah ditanya sebentar tadi dan menjawab persoalan yang diberi, hati aku tidak tenteram. Hati aku dok kata, mesti di luar sana masih ramai insan Islam yang kabur dan terumbang ambing ambing dalam mencari jawapan. Jadi aku rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama mereka mencari pautan agar tidak karam ketika pelayaran. jadi hasilnya adalah .......
BACALAH :
Beberapa kelompok manusia dari seluruh dunia sedang berkumpul dan mulai countdown tarikh misteri yang telah dinanti-nantikan selama ratusan tahun iaitu 21 Disember 2012. Berbagai kelompok dari Amerika, Kanada dan Eropah, para pengikut fahaman apokalipce (kiamat) dan beberapa individu mengatakan bahawa hari tersebut adalah hari terakhir dunia ini.
Mereka yang percaya bahawa kiamat akan terjadi pada 21 Disember 2012, mendasarkan kepercayaan mereka pada kalender yang dibuat oleh suku Maya, yang ditemukan di puing-puing runtuhan di Mexico. Masyarakat Maya Kuno, yang terkenal dengan kemajuan dalam ilmu matematik dan astronominya, mengikuti “pengiraan panjang” kalender yang mencapai 5126 tahun. Ketika peta astronomi mereka dipindahkan ke kalender Gregorian, yang digunakan secara standard sekarang, waktu pengiraan bangsa Maya berhenti pada 21 Disember 2012. Mereka yang percaya juga mengatakan adanya hubungan lain selain antara kalender Maya dan kehancuran yang akan datang. Matahari akan sejajar dengan pusat matahari buat pertama kalinya dalam tempoh 26000 tahun, yang menandakan kemuncak musim sejuk. Beberapa orang mengatakan hal ini akan mempengaruhi aliran tenaga ke bumi, atau kerana adanya sunspot dan sunflare yang jumlahnya sangat banyak, menyebabkan adanya kesan terhadap medan magnet bumi.
Tukang tilik Indonesia, Mama Lauren pernah mengatakan bahawa paranormal tidak boleh menembusi tahun 2013 (hanya sehingga di tahun 2012).
Apakah betul tilikan kiamat 2012? Semoga ajaran Islam yang haq akan mengungkapkannya. Hanya Allah yang memberi kemudahan dan taufik.
Tidak Ada yang Mengetahui Bilakah Datangnya Hari Kiamat
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya oleh malaikat Jibril yang datang dalam wujud seorang Arab Badwi, baginda ditanya mengenai bilakah hari kiamat akan terjadi. Lantas baginda menjawab :
مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ
“Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.”[1]
Sangat menghairankan dengan yang terjadi pada hari ini. Beberapa kelompok atau tukang tilik yang sudah pasti suka berdusta, ada yang mengetahui bilakah terjadinya kiamat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri tidak mengetahui terjadinya hari kiamat, sedangkan baginda adalah orang yang paling dekat dengan Allah. Begitu pula malaikat Jibril selaku penyampai wahyu dari Allah juga tidak mengetahui bilakah terjadinya hari kiamat. Jika Nabi yang paling mulia dan malaikat yang mulia sjuga tidak mengetahui tarikh tepat, bulan atau tahun terjadinya hari kiamat, sudah semestinya orang selain keduanya tidak mengetahui hal tersebut.
Perlu ditegaskan pula bahawa waktu terjadinya hari kiamat adalah termasuk dalam perkara-perkara ghaib dan hanya diketahui Allah yang Maha Mengetahui. Sangat dusta, bohong, penipu jika beberapa paranormal (yang sebenarnya tidak normal) boleh menentukan waktu tersebut, sama ada Mama Laurent, suku Maya di Mexico atau pun yang lainnya. Ingatlah, hanya Allah yang mengetahui terjadinya kiamat.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا تَأْتِيكُمْ إِلا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (QS. Al A’raf: 187)
يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا
“Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. ” Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi..” (QS. Al Ahzab: 63)
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا, فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا, إِلَى رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا
“Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:“Bilakah masa datangnya?” Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. (QS. An Naazi’at: 42-44)
Ayat-ayat di atas dengan sangat jelas menunjukkan bahawa tidak ada satu pun makhluk yang mengetahui bilakah terjadinya hari kiamat, tidak ada yang mengetahui waktunya selain Allah Ta’ala. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun tidak mengetahui kerana waktu tersebut termasuk di antara mafaatihul ghoib (kunci-kunci ilmu ghaib) yang hanya Allah saja yang mengetahuinya. Mengenai mafaatihul ghoib yang dimaksudkan dapat dilihat pada firman Allah,
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.” (QS. Luqman: 34)
Disebutkan pula dalam kitab Shahih Al Bukhari dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda :
مَفَاتِحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ
“Kunci ilmu ghaib itu ada lima.” Kemudian beliau pun membaca firman Allah (yang ertinya), “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat, ... dst”.

Sunday, August 21, 2011
Aku Dan Novel
Assalamualaikum...
Selamat menyambut fasa ke-3 dalam bulan ramadhan.. 10 hari terakhir adalah hari di mana kita akan dibebaskan dari azab api neraka sekiranya beribadah dan bertaubat dengan penuh keikhlasan..jadi berusahalah unutk mendapatkan rahmat Allah SWT dan sentiasalah ikhlas dalam beribadah.. bila dah masuk fasa ke-3 maknanya tidak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita..terasa sayu di hati kerana bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita..terasa sebak di hati..bagaikan ada ombak samudera yang meraja menggila di sudut hati yang dalam..Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini yang banyak melakukan dosa..ampunkanlah daku ya ALLAH...
Ok lah pasa sahabatku, entri kali ni hanya ingin membincangkan satu perkara yang dah lama aku pendam iaitu minat aku terhadap novel..salah satu cabang seni jugak iaitu seni penulisan..satu ketika dahulu, aku sering membaca novel.. sama ada aku beli sendiri, ataupun di perpustakaan atau pun aku pinjam dari kawan2..minat aku terhadap novel ini membawa aku ke satu dunia seni yang baru (pada ketika itulah...)iaitu seni menulis sehinggalah terhasilnya novel pertama aku yang tak pernah di publish sehinggalah ke hari ini..(ramai yang tanya kenapa aku tak hantar kepada penerbit? aku sering memberikan jawaban yang novelku tidak layak unutk diterbitkan kerana siapalah aku.. aku berhasil menyiapkan novel tersebut pada tahun 2004 dan pada ketika itu aku sedang menyiapkan degree aku di medan indonesia.. Novel yang aku beri judul "KEMBOJA MEWANGI DI PUSARA" terperam buruk dalam simpanan aku..
baru-baru ini, aku menyelongkar semula kotak2 bahan2 kuliah aku satu ketika dulu dan terjumpalah manuskrip novel aku tu dan hehe..aku pun keluarkan dan berangan-angan unutk mencari penerbitnya..hehehe(Satu angan2..)sebelum2 ini, aku tetap menulis dan penulisan aku banyak terarah ke sajak dan penciptaan lirik2 nasyid..di samping itu juga aku ada menyediakan kertas2 kerja kajian bagi memenuhi curiosity aku sendiri..tapi pada akhir2 ini, keinginan aku untuk menyambung penulisan novel kembali membuak-buak..ntahlah, aku pun tak tau sebabnya..Hanya ALLAH yang tahu.. aku sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa mengekalkan semangat aku dalam apa jua perkara yang positif... amin...
jadi kepada kawan2, wajarkah aku mencari publisher untuk novel aku tu? kalau perlu, kepada siapa? aku juga teringin untuk membukukan sajak2 aku..walaupun tak sehebat para sasterawan2 di luar sana, aku juga mengharapkan agar buah fikiran aku dapat dikongsi bersama saudara seagama..insyaAllah..kalau kawan2 ada cadangan atau idea, tolonglah maklumkan kepada aku na...
Sekian sahaja Assalamualaikum...

Thursday, August 4, 2011
RAMADHAN YANG MULIA
Assalamualaikum..dah agak lama aku tidak berblog..tahun ni aku terlalu sibuk dengan amanah tugasan yang aku pikul sebagai ketua panitia Pendidikan Islam di sekolah.. terlalu banyak yeng perlu diselesaikan dan ianya berterusan dari hari ke sehari..tapi Alhamdulillah ia banyak mengajar aku erti tanggungjawab sebenar.. Alhamdulillah..
Hari ni aku akan mulakan kisah Ramadhan dengan pertenyaan2 ringkas :
1. Kenapa bila Ramadhan baru masjid penuh?
2. Kenapa ia hanya penuh di waktu malam?
3. Kenapa waktu solat lain ia hanya seperti hari2 biasa ja di masjid?
4. Kenapa di waktu solat zohor dan asar, jemaah tidak ramai sepertimana di bazar Ramadhan?
5. Kenapa di bulan Ramadhan yang Mulia ini pembaziran berlaku?
6. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Sebenarnya banyak lagi pertanyaan yang nak aku ajukan..tapi kalau aku ajukan jugak rasanya apa yang aku nak nukilkan pada hari ini akan jadi tersangatlah panjang..
Aku ada bertanyakan anak-anak muridku apakah hikmah berpuasa? Ada yang menjawab :
- Untuk meningkat ketaqwaan kepada Allah.. Bagus jawapannya..
- Untuk merehatkan sistem penghadaman.. Bagus jugak jawapannya..
- Untuk merasai kesengsaraan yang dirasai oleh insan-insan yang tidak berkemampuan.. Allah..jawapan yang menyentuh perasaan
- Mengajar kita menjadi insan yang berdisiplin, baik tingkah laku dan istiqamah dalam beribadah... JAWAPAN YANG PALING AKU SUKA DARI ANAK MURID AKU!!!!
"Istiqamah dalam beribadah" satu ungkapan yang jarang-jarang sekali umat Islam ungkapkan dalam bulan Ramadhan.. Selalunya para2 pendakwah selalu menekankan hal ini dalam kuliah2 mereka. selalunya di masjid2 dan surau2.. tapi faham2 lah sebab apa ia tak sampai.. Masjid hanya dipenuhi pada malam awal ramadhan sahaja..
Sebenarnya sahabat2ku, saudara2ku sekalian, Ramadhan ini mengajar kita erti istiqamah dalam beribadah. kalau sebelum ini ibadah-ibadah yang kita lakukan bagai melepas batuk di tangga. tapi selalunya pa bulan Ramadhan kita akan berasa semangat untuk beribadah.. tapi yang sayangnya, semangat itu selalunya pudar pada fasa ke 3 bulan Ramadhan..
Sedarlah wahai Saudaraku, wahai sahabatku.. Ramadhan yang diberkati adalah Ramadhan yang boleh mendidik kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Kalau sebelum ini kita sambil lewa dalam beribadah, ramadhan boleh mendidik kita menjadi seorang yang bersungguh-sungguh dalam beribadah.. yang berterusan dalam menunaikannya.. Bagaimana pula nak mengekalkan istiqamah? Tiada satu jawapan yang tepat untuk soalan ini tetapi kita boleh berusaha mencarinya.. ikhlaslah dalam beribadah.. sentiasalah memotivasikan diri.. bermuhasabahlah sekerap2nya... insyaAllah, kita akan dapat mengekalkan semangat dalam beribadah..
Selamat beristiqamah dalam beribadah wahai umat Islam yang menyambut Ramadhan dengan penuh rasa rindu dan bahagia...

| Reactions: |
Wednesday, May 18, 2011
Selamat Hari Guru
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh... Selamat hari Guru kepada semua guru di malaysia. Walaupun dah terlambat untuk mengucapkannya, tapi aku tetap mahu ucapkannya kepada semua guru di malaysia terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik aku untuk menjadi seorang guru juga..hehe
16 Mei setiap tahun adalah hari penghargaan kepada semua guru. tahun ini seperti tahun-tahun sebelum, bonda ku tercinta tidak lupa untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" untukku dan ianya sekaligus menguatkan lagi semangat aku untuk terus mendidik anak seagama dan sebangsa denganku. guru, cikgu, ustaz dan yang seangkatan dengannya adalah satu proofesi yang mulia.. walaupun pada hari ini profesi ini dianggap sebagai satu profesi yang hanya diletakkan pada pilihan yang terakhir dalam senarai kerjaya pilihan, tetapi ia tetap menjadikan ia sebagai satu tugas yang mulia walaupun insan yang memilih kerjaya ini dalam keadaan terpaksa..
Wahai insan yang bernama guru, samada terpaksa atau dengan kerelaan sendiri, sedarlah! kerjaya yang kita pilih ini adalah mulia di sisi Allah.. cukuplah dengan kita fahami bahawa kitaran atau siklus pahalanya adalah sehingga ke hari kiamat.. aku berbangga menjadi guru kerana inilah kerjaya yang aku cita-citakan sejak aku duduk di bangku sekolah lagi..dari murid kelas pemulihan yang tidak tahu mengira dan sekarang aku sudah menjadi seorang guru.. TERIMA KASIH CIKGU.. jasamu yang tidak pernah mengenal putus asa mendidikku menjadi seorang insan tidak akan aku lupa sehingga ke akhir hayatku...kesungguhanmu mendidik seorang Muhammad Nor Shahrin Bin Shamsuddin telah menjadi pendorong dan penguat semangat kepadanya untuk menjadi seorang guru.. Terima Kasih kepada cikgu Maimunah, guru kelas pemulihanku yang sekarang ntah dimana beliau berada..
Selamat Hari Guru Buat Semua guru-guru di Malaysia.. Assalamualaikum...

Friday, May 6, 2011
Aku, kertas, pensil dan seniku...
Assalamualaikum pembuka bicara..MasyaAllah dan Subhanallah pemanis kata..Alhamdulillah penenang jiwa, Allahu Akbar Allah Maha Esa.. Setelah sekian lama blog aku ni tidak di update, maka pada hari kesempatan yang Allah kurniakan kepada aku akan aku manfaatkan agar ruangan blog ini terisi dengan kata-kata aku..
aku sebagai hamba Allah, seorang guru, seorang anak, seorang abang, seorang ayah, seorang suami, seorang anggota masyarakat dan banyak lagi sememangnya tidak dapat lari dari kesibukan hidup duniawi dan ukhrawi. kadang aku terfikir mampukah aku untuk melaksanakan kesemua tanggungjawab aku sebagai seorang... yang berbagai..dan apabila diteruskan berfikir, pada pengakhiran pemikiran itu aku akan jumpa dengan satu ungkapan.. "hang mau atau tak mau, hang wajib laksanakan tanggungjawab hang..." dan akhirnya, aku tetap dan secara berterusan melaksanakannya... tapi dengan kesibukan aku terkadang aku terabai juga tanggungjawab aku terhadap nilai estetika yang ada dalam badan aku ni.. ntahlah..kadang otak aku tertanya pada hati aku ni, "hang ni suka melukis ke dak?"
hati aku akan jawab, "aku suka melukis lebih lagi dari macam kawan2 aku suka tengok bola..aku suka melukis lebih lagi dari kawan2 aku yang suka explore tempat lain lain untuk mencari keseronokan baru..aku sukaaaaaaaaaa sangat melukisss!!!!" otak bertanya lagi.. "dah tu awat hang jarang melukis dah la ni?" hati menjawab.. "aku tak boleh abaikan tanggungjawab aku yang bertimbun.. masa aku terhad sangat.. kadang bila aku pegang ja pensil, anak aku akan panggil...ABAHHHHHH!!! (hehe..kalau macam tu macam mana aku nak melukis?"
otak terkedu tanpa sebarang jawapan...
masa amat cemburu dengan aku..24 jam yang Allah kurniakan, buat masa ni ruang untuk melukis tu takdak.. nak kata aku ni berpangkat besaq dak pun..tapi kerja sentiasa ada..dari pagi sampai ke malam..cuma waktu tidur ja aku boleh berehat..tu pun masa tidur pun kadang2 tak cukup..bukan keluhan atau apa2 sahaja..cuma bermonolog dengan diri sendiri untuk menyedapkan hati sendiri..hehehe dah lah, aku ada kelas..jumpa lagi noooo...
assalamualaikum....

Wednesday, December 29, 2010
Mix Medium Potrait
Salam 'Alaik.. Hasil kerja yang terbaru.. Mix medium: Warna Pensil, Soft Pastel dan Poster Color.. Masih banyak yg perlu diperbaiki.. Syukur kepada ALLAH SWT kerana memudahkan proses menyiapkan lukisan ini dengan meminjamkan sedikit kemahiran melukis.. Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmus solihaat... Maaf, Pic ni gelap disebabkan kemera. InsyaAllah selepas ini, paparan akan lebih jelas dengan pembelian kamera baru..
Subscribe to:
Posts (Atom)